|
|
Wahyu pertama diturunkan oleh Allah s.w.t kepada junjungan kita |
| Nabi Muhammad s.a.w adalah perkataan 'Iqra' atau 'Bacalah!'. |
| Ketika itu, Rasulullah s.a.w sedang beribadat seorang diri di gua Hira, di |
| luar kota Mekkah. Ia berlaku pada malam ke tujuh belas bulan |
| Ramadhan. Inilah yang kita kenang sebagai Malam Nuzul Al-Quran. |
| Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu bagi orang Islam. Bacalah! |
| Dengan pembacaan akan bertambah ilmu. |
| Dengan bertambahnya ilmu, kehidupan seseorang akan bertambah baik, |
| Orang yang berilmu akan tetap dihormati walaupun dia itu miskin. Orang |
| berilmu mendapat tempat yang mulia disisi masyarakat. |
| Saidina Ali karramallahu wajhah berkata bahawa perbezaan antara ilmu |
| sedangkan kita terpaksa menjaga harta. |
| Ilmu bertambah apabila dikongsi |
| berkurangan apabila dikongsi. |
| sedangkan harta boleh dicuri. Itulah |
| kelebihan-kelebihan ilmu. |
|
Akan tetapi sayang sekali, masih ada segolongan dari masyarakat kita |
| yang tidak mementingkan ilmu. |
| Mereka lebih suka membelanjakan harta mereka untuk sesuatu yang |
| tidak bermanfaat seperti hiasan dan hiburan daripada |
| membelanjakannya untuk membeli bahan bacaan yang berfaedah atau |
| mengikuti seminar, kursus, bengkel yang mampu meningkatkan |
| kemahiran dan pengetahuan mereka. |
| Malah ada sebahagian dari mereka yang sanggup mengarahkan anak- |
| anak mereka untuk berhenti sekolah atas sebab kekurangan wang. Atau |
| menyuruh anak mereka agar tidak meneruskan pelajaran mereka dan |
| sebaliknya keluar bekerja. |
| Akan tetapi apabila dilihat rumah mereka, kita akan dapati alat-alat |
| hiburan dan perabut-perabut yang mahal-mahal. Dimanakah |
| Adakah dengan rumah yang cantik dan perabut yang mahal akan |
| menjamin kebahagian kehidupan mereka dan anak-anak mereka? |
| Sekiranya kita semua, masih lagi tidak sedar akan pentingnya menuntut |
| ilmu sepanjang hayat, dari saat kelahiran hinggalah ke liang lahat, |
| masyarakat kita akan terus ketinggalan dibelakang masyarakat- |
| Bagi seorang muslim, mereka yang tidak menghargai ilmu |
| sesungguhnya belum lagi menghayati Islam sepenuhnya, kerana Islam |
| adalah ugama yang menitik-beratkan ilmu. Oleh itu antara ilmu dan |
| harta, apa yang lebih penting adalah ilmu. |
| Jika kita punyai ilmu, harta akan lebih mudah diuruskan sedangkan jika |
| kita punyai harta sebaliknya tak punyai ilmu, harta boleh hilang bila-bila |
| Oleh itu, carilah ilmu, pelajarinya, dan sebarkanlah untuk manfaat |
| semua. Semoga usaha kita semua diberkati Allah s.w.t. Amin. |
|