Saturday, 8 October 2011

Mana lebih penting..Harta atau Ilmu








Wahyu pertama diturunkan oleh Allah s.w.t kepada junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w adalah perkataan 'Iqra' atau 'Bacalah!'.
Ketika itu, Rasulullah s.a.w sedang beribadat seorang diri di gua Hira, di
luar  kota  Mekkah.  Ia  berlaku  pada  malam  ke  tujuh  belas  bulan
Ramadhan. Inilah yang kita kenang sebagai Malam Nuzul Al-Quran.
Ini  menunjukkan  betapa  pentingnya  ilmu  bagi  orang  Islam.  Bacalah!
Dengan pembacaan akan bertambah ilmu.
Dengan bertambahnya ilmu, kehidupan seseorang akan bertambah baik,
dunia dan akhirat.
Orang yang berilmu akan tetap dihormati walaupun dia itu miskin. Orang
berilmu mendapat tempat yang mulia disisi masyarakat.

Saidina Ali karramallahu wajhah berkata bahawa perbezaan antara ilmu
dan harta itu ada tiga.

Pertama:
Ilmu menjaga kita
sedangkan kita terpaksa menjaga harta.

Kedua:
Ilmu  bertambah  apabila  dikongsi
sedangkan  harta
berkurangan apabila dikongsi.

Ketiga:
Ilmu tidak boleh dicuri
sedangkan harta boleh dicuri. Itulah
kelebihan-kelebihan ilmu.

Akan  tetapi  sayang sekali,  masih  ada  segolongan dari masyarakat kita
yang tidak mementingkan ilmu.
Mereka  lebih  suka  membelanjakan  harta  mereka  untuk  sesuatu  yang
tidak  bermanfaat  seperti  hiasan  dan  hiburan  daripada
membelanjakannya  untuk  membeli  bahan  bacaan  yang berfaedah atau
mengikuti  seminar,  kursus,  bengkel  yang  mampu  meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan mereka.
Malah  ada  sebahagian  dari  mereka  yang  sanggup mengarahkan anak-
anak mereka untuk berhenti sekolah atas sebab kekurangan wang. Atau
menyuruh  anak  mereka  agar  tidak  meneruskan  pelajaran  mereka  dan
sebaliknya keluar bekerja.
Akan  tetapi  apabila  dilihat  rumah  mereka,  kita  akan  dapati  alat-alat
hiburan  dan  perabut-perabut  yang  mahal-mahal.  Dimanakah
kepentingan mereka?
Adakah  dengan  rumah  yang  cantik  dan  perabut  yang  mahal  akan
menjamin kebahagian kehidupan mereka dan anak-anak mereka?
Sekiranya kita semua, masih lagi tidak sedar akan pentingnya menuntut
ilmu  sepanjang  hayat,  dari  saat  kelahiran  hinggalah  ke  liang  lahat,
masyarakat  kita  akan  terus  ketinggalan  dibelakang  masyarakat-
masyarakat lain.


Bagi  seorang  muslim,  mereka  yang  tidak  menghargai  ilmu
sesungguhnya belum  lagi menghayati Islam sepenuhnya, kerana Islam
adalah  ugama  yang  menitik-beratkan  ilmu.  Oleh  itu  antara  ilmu  dan
harta, apa yang lebih penting adalah ilmu.
Jika kita punyai ilmu, harta akan lebih mudah diuruskan sedangkan jika
kita punyai harta sebaliknya  tak punyai ilmu, harta boleh hilang bila-bila
masa.
Oleh  itu,  carilah  ilmu,  pelajarinya,  dan  sebarkanlah  untuk  manfaat
semua. Semoga usaha kita semua diberkati Allah s.w.t. Amin.
 





 

Rahsia pemasaran terbongkar



Strategi pemasaran emel dan teknik menjana duit online secara automatik melalui autresponder dan email marketing.http://rahsiaemel.jomniaga.com/go/abduljalil

Salam

Salam untuk semua